30 Ogos 2024 - Riang ria murid SMK Seri Ampang, Kuala Lumpur terserlah dalam program sambutan kemerdekaan negara Malaysia tahun 2024 pada hari Jumaat lepas. Pakaian dan hiasan tempat yang bewarna warni selaras dengan warna Jalur Gemilang yang cantik serta pelbagai persembahan oleh murid yang sangat memberi nilai positif terhadap pejuang kemerdekaan negara ini. Program ini berlangsung dengan jayanya dibawah kelolaan Puan Malathy (Guru Kanan Kemanusiaan) dan rakan guru yang bertungkus lumus membantu menjayakan program ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu Puan Chuhana @ Suhana Ahmad dengan diiringi gimik perasmiaan yang sangat menarik.
Gambar 1: Ucapan Puan Chuhana yang sangat bersemangat berkongsi cerita tentang nilai kemerdekaan yang perlu diterapi oleh semua golongan dan masyarakat sekolah.
Gambar 2: Ucapan Tuan Pengetua sekolah, Tuan Raja Rosdi bin Raja Daud mengucapkan terima kasih kepada guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan program Ambang Merdeka 2024 dengan sangat meriah dan berjaya.
Gambar 3: Persembahan teater oleh murid yang menyayat hati para penonton.
Gambar 8: Duet hangat oleh Cikgu Fitri (kiri) dan Tuan Khairul (kanan)
Gambar 10: Perarakan guru, AKP dan PPM yang diketuai oleh barisan pentadbir dan Puan Chuhana (NYDP sekolah).
Dari kiri Puan Hajjah Nazrul Hazirah (PK Kurikulum), Tuan Raja Rosdi (Pengetua sekolah), Puan Chuhana (NYDP Sekolah), Puan Hafizah (PK Hem), Puan Hajjah Nurfadzilah (PKPK) dan Encik Khairul (PK Ko kurikulum).
Wow.. menarik betul aktiviti merdeka smk seri ampang tahun ni.. terbaik...
ReplyDelete